Rabu, 21 Oktober 2015

perkembang ekonomi negara

                                  “Perkembangan ekonomi negara ”
                           
        Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan.Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier .Contoh Sektor primer meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/pembalakan dan perlombongan .Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan .Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan .
Kegiatan ekonomi negara sebelum merdeka terbahagi dua bahagian iaitu Era Pra-Penjajahan dan Era Penjajahan.Era Pra-Penjajahan dibahagikan kepada dua iaitu Ekonomi Tradisional dan Ekonomi Dagangan.Ekonomi Tradisional dikenali sebagai Ekonomi Sara Diri. Ciri-ciri ekonomi sara diri seperti melombong bijih timah,menanam padi,memungut hasil hutan,menternak binatang dan menangkap ikan.
Manakala Ekonomi Dagangan melakukan kegiatan pertanian dan perlombongan secara kecil-kecilan.Sebelum kedatangan British,orang Melayu telah memasarkan hasil bijih timah ke China,India dan Jepun.Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih timah untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
 Era Penjajahan pula ialah Era Penjajahan Jepun contohnya kemerosotan ekonomi berlaku disebabkan Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus menyebabkan semua bekalan bahan mentah musnah.Tentera Jepun menghalang urusan perdagangan.Oleh sebab itu ekonomi di Tanah Melayu semakin luput.
Faktor perkembangan ekonomi Melaka dalam bidang perdagangan maju disebabkan kedudukan selat Melaka sebagai lalu lintas dari timur dan barat.Laluan ini dilintas pedagang dari timur dan barat kerana Selat Melaka adalah jalan pintas yang terdekat.Selain itu,selat Melaka terhalang daripada tiupan angin monsun.Seterusnya,pelabuhan entrepot merupakan kawasan pertukaran barang dagangan.
Kesan kemajuan ekonomi Melaka dari sudut sosial iaitu Melaka menjalin hubungan luar dengan kerajaaan serantau dan antarabangsa.Melaka telah menetapkan dasar luarnya dengan jelas dan tegas supaya setiap kerajaan yang berhubung dengannya faham dan tahu akan kedudukan masing-masing.Keadaan ini bukan sahaja dapat menjamin keselamatan,malah menjaga kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka.
Dari sudut politik pula Melaka Berjaya membentuk sebuah empayar yang agung melalui penaklukan, perkahwinan dan kerelaan raja negeri lain untuk menjadi naungan Melaka.Bagi menjamin keselamatan, kemakmuran dan keutuhan, kerajaan Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan. Antara kerajaan yang ditakluki oleh Melaka ialah Kampar dan Pahang. Kejayaan ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan Melaka dalam mengatur strategi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban.
         Dari sudut ekonomi pula Semenanjung Tanah Melayu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Kedudukan yang strategik ini telah membantu Semenanjung Tanah melayu muncul sebagai sebuah negara perdagangan sejak 1800 tahun yang lalu. Begitu juga dengan kedudukan Melaka yang terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat telah membolehkannya mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang. Oleh yang demikian, Melaka dapat menguasai perdagangan di Selat Melaka. Para pedagang bukan sahaja tinggal di pelabuhan Melaka untuk berdagang, malah untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Antara langkah-langkah yang relevan dan praktikal untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara pada masa hadapan ialah menambah sektor pelancongan di kawasan yang strategik dapat menarik minat pelancong dan boleh mempromosikan negara kita.Selain itu menggalakkan pelaburan asing untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi.
Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan penternakan.Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.Negara kita juga berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor terbabit.
Iktibar kepada diri,negara dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sektor pertanian negara kita.Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai,kita perlu lebih berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut.

Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi peruntukan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi negara.Ini dapat memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu.Sebagai contoh,sektor pertanian dan perniagaan. Saya juga berharap rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan inovatif ke arah kejayaan diri sendiri,negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi negara yang cerah.Saya juga berharap hubungan diplomatik negara kita dengan rantau dunia baik.Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-pelabur asing ke negara kita dan akan memajukan ekonomi negara.