“Perkembangan ekonomi negara ”
Kegiatan Ekonomi boleh
didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil
pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan
ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan
nilai dan pendapatan.Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan
kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier .Contoh
Sektor primer meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/pembalakan dan
perlombongan .Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian
seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan .Sektor tertier pula
merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan
kewangan .
Kegiatan ekonomi negara sebelum merdeka terbahagi dua bahagian iaitu Era
Pra-Penjajahan dan Era Penjajahan.Era Pra-Penjajahan dibahagikan kepada dua
iaitu Ekonomi Tradisional dan Ekonomi Dagangan.Ekonomi Tradisional dikenali
sebagai Ekonomi Sara Diri. Ciri-ciri ekonomi sara diri seperti melombong bijih
timah,menanam padi,memungut hasil hutan,menternak binatang dan menangkap ikan.
Manakala Ekonomi Dagangan melakukan kegiatan pertanian dan perlombongan
secara kecil-kecilan.Sebelum kedatangan British,orang Melayu telah memasarkan hasil
bijih timah ke China,India dan Jepun.Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih
timah untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti
gong.
Era Penjajahan pula ialah Era
Penjajahan Jepun contohnya kemerosotan ekonomi berlaku disebabkan Inggeris
menjalankan Dasar Bumi Hangus menyebabkan semua bekalan bahan mentah
musnah.Tentera Jepun menghalang urusan perdagangan.Oleh sebab itu ekonomi di
Tanah Melayu semakin luput.
Faktor perkembangan
ekonomi Melaka dalam bidang perdagangan maju disebabkan kedudukan selat Melaka
sebagai lalu lintas dari timur dan barat.Laluan ini dilintas pedagang dari
timur dan barat kerana Selat Melaka adalah jalan pintas yang terdekat.Selain
itu,selat Melaka terhalang daripada tiupan angin monsun.Seterusnya,pelabuhan
entrepot merupakan kawasan pertukaran barang dagangan.
Kesan kemajuan ekonomi
Melaka dari sudut sosial iaitu Melaka menjalin hubungan luar dengan kerajaaan serantau
dan antarabangsa.Melaka telah menetapkan dasar luarnya dengan jelas dan tegas
supaya setiap kerajaan yang berhubung dengannya faham dan tahu akan kedudukan
masing-masing.Keadaan ini bukan sahaja dapat menjamin keselamatan,malah menjaga
kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka.
Dari sudut politik pula
Melaka Berjaya membentuk sebuah empayar yang agung melalui penaklukan,
perkahwinan dan kerelaan raja negeri lain untuk menjadi naungan Melaka.Bagi
menjamin keselamatan, kemakmuran dan keutuhan, kerajaan Melaka telah menakluki
beberapa buah kerajaan. Antara kerajaan yang ditakluki oleh Melaka ialah Kampar
dan Pahang. Kejayaan ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan Melaka dalam
mengatur strategi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban.
Dari sudut ekonomi pula Semenanjung
Tanah Melayu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
Kedudukan yang strategik ini telah membantu Semenanjung Tanah melayu muncul
sebagai sebuah negara perdagangan sejak 1800 tahun yang lalu. Begitu juga
dengan kedudukan Melaka yang terletak di pertengahan laluan perdagangan antara
Timur dan Barat telah membolehkannya mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan
kapal dagang. Oleh yang demikian, Melaka dapat menguasai perdagangan di Selat
Melaka. Para pedagang bukan sahaja tinggal di pelabuhan Melaka untuk berdagang,
malah untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Antara langkah-langkah yang
relevan dan praktikal untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara pada masa
hadapan ialah menambah sektor pelancongan di kawasan yang strategik dapat
menarik minat pelancong dan boleh mempromosikan negara kita.Selain itu
menggalakkan pelaburan asing untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi.
Pengetahuan yang saya perolehi
adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan penternakan.Kerajaan
Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian
Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.Negara kita juga berpeluang
cerah untuk lebih maju dalam sektor terbabit.
Iktibar kepada diri,negara
dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sektor
pertanian negara kita.Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai,kita perlu
lebih berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut.
Harapan untuk masa depan
ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi
peruntukan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi negara.Ini dapat
memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor
tertentu.Sebagai contoh,sektor pertanian dan perniagaan. Saya juga berharap
rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan
inovatif ke arah kejayaan diri sendiri,negara dan bangsa untuk melihat masa
depan ekonomi negara yang cerah.Saya juga berharap hubungan diplomatik negara kita
dengan rantau dunia baik.Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak
pelabur-pelabur asing ke negara kita dan akan memajukan ekonomi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan